*Post ni a bit outdated since semalam sgt bz and tak sempat nak update blog*
Berbalik pada tajuk entry di atas. Meh nak cerita pasal kisah Si Puteri ni. Kisah ni terjadi pada hari Ahad lepas.
Alkisahnya, Si Puteri ni telah mendapat request dari seseorang utk merasa cucur badak air tangan Si Puteri ni.
Kepada yg mengenali Si Puteri ni memang tau la die bukan seorang yg suka ke dapur. Kalau suruh mengemas ke, lipat baju ke, menjahit ke dan lain-lain dia ok. Tapi kalau bab nak suruh masak dia memang liat sikit. Bukan tak reti, tapi malas katanya. hehehe..
So disebabkan cabaran cucur badak tu, si puteri ni pun bertekad la nak buktikan kat semua yg bukan nya dia tak reti nak buat, cuma dia malas. Dia lagi suka menggodek mesin jahit tu dari panas2 depan dapur berasap abis bau semua baju ngan rambut si puteri ni.
Misi membuat cucur badak pun bermula..First, tanya dulu ngan Tok Dah resipi nak buat. Patutnya plan nak suruh Tok Dah jadi supervisor time buat tu tapi malangnya Tok Dah terpaksa pulang ke kampung halaman petang tu jugak. Sebab dah janji nak buat arini jugak, Si Puteri pun tabahkan hati untuk buat jugak dengan ilmu yang takde di dada.
Di sini Si Puteri nak bagitau cara2 nak buat cucur badak ye...
Bahan-bahan
5 batang serai
Cili Kering (5-6 ikut suka kalau nak pedas letak lebih)
2 biji cili merah
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu halia bawang putih yg dikisar
1 biji bawang merah
Kelapa mesin
Udang kering/hidup
Ubi keledek (1 kilo)
Tepung Gandum
Cara-cara membuatnya
Inti
1) Blend serai, cili kering, cili merah, serbuk kunyit, halia, bawang putih.
2) Tumis bawang merah, masukkan udang kering/hidup. Goreng sampai masak kemudian angkat.
3) Panaskan minyak dan masukkan bahan yg di blend tadi. Kacau sampai pecah minyak.
4) Masukkan udang yg digoreng tadi dan masukkan kelapa mesin.Tambah garam/gula secukup rasa.
Doh
1) Buang kulit dan potomg ubi keledek kepada saiz yang kecil.
2) Rebus ubi keledek sampai empuk. Masukkan sedikit garam semasa rebus tu.
3) Selepas empuk, lenyek ubi sampai hancur.
4) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli. Kalau boleh tepung jangan banyak sangat baru doh tu tak keras.
Lepas tu boleh la mula membentuk doh dan masukkan inti dan goreng!Senang kan??
Ni la rupanya selepas di uli. Ada yg gemuk ada yg kurus.hehe.. |
Yang ni khas utk si dia..tu yg cantik sikit rupanya. |
Goreng api pelan je ye..kalau tak nnt legam.boleh improvise letak udang atas tu. |
Macam tu lah Kisah Si Puteri dan Cucur Badak...Maka berjayalah Si Puteri membuktikan dia boleh buat walaupun takde sapa ajar. Tak susah pun sebenarnya. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tak gitu??
Till then.
Love,
Puteri
deng lapa!!!
ReplyDelete