Monday, August 5, 2013

What's your favourite Raya Song?


Monday blues.
Raya mood.
Dari semalam asyik dengar lagu raya je dalam keta.
tak henti-henti hot fm pasang lagu raya.
Walaupun takde kampung halaman, tapi mood raya tetap ada.

Entry kali ni just nak sharekan lagu raya favourite aku.

1. Pulanglah by Aishah

Aku suke sangat lagu ni sebab die mendayu-dayu. Sedap buat karaoke dalam keta time balik keje. Lagu ni feeling-feeling pasal kekasih hati la kononnya tak balik raya. Ini semua poyo!hahaha..but I like it. Suke dengar muzik die and lirik die..kalau tgh frust ni or kekasih hati nun jauh di perntauan ataupun tgh kat medan perang, memang bercucuran airmataku..huhu

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela

Pulanglah kepangkuan ku oh… sayang
Ku menunggu mu di hari raya

2. Airmata Syawal by Siti Nurhaliza

Lagu ni pun aku suke sebab die mendayu-dayu. Aku pun tak taw nape suke sangat lagu raya sedih2 ni. Padahal raya patut nye happy la kan..haha..antara lagu yg best buat karaoke jugak. Lagu ni ceritakan pasal anak yg jauh dri keluarga. Tapi tak dapat raya bersama katanya..Tak de kena mengena dengan aku sebab aku tak penah raya di perantauan.hehe

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

3. Selamat Hari Raya by Saloma

Lagu yg paling legend la. Tak luput dek zaman. Memang best. Memang buat mood raya datang sampai takde mood dah nak keje ni.

Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

4. Kupohon Restu Ayah Bonda by Mamat Lagu ni best. banyak makna. Aku mmg suka menghayati lirik bile dengar lagu. Be it malay saong or english song. The reason why I'm addicted to any songs is the lyrics..

Kan kusujud di kakimu bila kita bertemu
Kan kucium tanganmu ku pohon restumu
Oh maafkan daku kesalahan diriku

5. Balik Kampung by Sudirman

Rasanya semua orang pun suka lagu ni kan? Especially dengar time balik raya dengan org yg tersayang. Rasa excited tak sabar nak sampai kampung kan? Betul tak? Walaupun eden takde kampung halaman yg betul2 boleh dipanggil kampung, eden suko jugok lagu ni.
Tapi tahun ni eden bulih balik kampung si dio.hehehe...

Perjalanan jauh tak kurasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara 
Yang selalu bermain di mata

Oooooohooohooo balik kampung
Oooooohooohooo balik kampung
Oooooohooohooo balik kampung
Hati girang...

So, what's your favourite raya song?

Till then.

Love,
Puteri

No comments:

Post a Comment